MySpaceKisah Krismas dan Santa




Jika seorang kanakkanak ditanya akan ap yang berlaku semasa Hari Krismas , maka anda akan diberitahu mengenai "Santa" dan "Santa" ney merupakan lambang Krismas . Santa Claus atau dikenali sebagai Bapa Krismas dan Saint Nicholas , muncul pada musim Krismas bersama pokok Krismas dan jugak hadiahhadiah . 
Siapakah Santa ?  
Muridmurid sekolah diberitahu bahawa Santa "tinggal" di Kutub Utara di Greenland. Setengah juta pelancong mengunjungi Finland kerana percaya beliau berasal dari Lapland di Finland. Mereka mencari Santa berbangsa Finnish yang dipercayai tinggal di sebuah pekan kecik bernama Rovaniemi . Bandar Bari di Selatan Itali jugak mengaku menjadi tempat tinggal Santa Claus  . 


Nicholas tinggal di Selatan Turki , kemudian di Asia Kecik padaa separuh pertama kurun kee empat , namun tiada suatu punn yang diketahui mengenai dirinya sehinggalah duaa ratus lima puluh tahun selepas kematiannya . Kurang seratus tahun selepas kematiannya , dia diagungkan sebagai seorang santo kerana baktinya yang termasyhur , seperti : 


Seorang jiran kehilangan segala kekayaannya dan menjadi papa kedana bersama tiga orang anak perempuan yea . Untuk menghindarkan mereka daripada mencari nafkah melalui pelacuran , Nicholas mencampakkan tiga beg emas melalui tingkap mereka . Beliau dianggap insan contoh dari segi kemurahan hatinya serta pembelaannya terhadap mereka yang tertindas , kanakkanak yang tidak mempunyai wang , dan beliau begitu menyerlah dalam pembelaan kanakkanak . Menurut lagenda, Saint Nicholas pernah menghidupkan kembali tiga kanakkanak lelaki yang dicincang seorang pengendali rumah tumpangan yang kemudian menjeruk keratan mereka untuk dijual kepada para pelanggan yang tidak menyedarinya .